Sabah Blogs The Other Side of Rungus Male: Luahan fikiran.....bincangkan

Pages

Sunday, October 24, 2010

Luahan fikiran.....bincangkan

Perkembangan minda setiap individu manusia selalunya terpengaruh kepada apa yang terjadi di persekitaraannya. Contohnya, bila seorang individu itu di lahirkan dan di besarkan dalam  persekitaran yang bahagia, individu itu akan menjadi insan yang cukup bertanggungjawab dan menjadi masyarakat yang tidak lari dari peraturan yang telah di maktubkan oleh masyarakat yang di panggil pengubal undang-undang.

Tapi bagaimana pula seseorang individu yang telah di besarkan dalam persekitaran yang di panggil bahagia itu masi mampu untuk cuba membentuk dirinya dari apa yang telah di fikirkan apa yang dia telah cuba untuk di bentukkan.....adakah itu akan menjadi satu persoalan yang menjadikan individu itu telah menderhaka atau hanya cuba ingin membuat apa yang dia fikirkan apa semangat yang individu itu dapat laksanakan yang terbaik!

Saya yakin ada segelintir masyarakat atau sebahagiannya yang telah di pengaruhi oleh yang di panggil keluarga bahagia ini yang telah menganggapkan bahawa setiap ahli keluarga mereka semestinya menjadi apa yang mereka telah rancangkan...adakah itu satu idea yang patut di amalkan dalam suatu keluarga bahagia?

apa yang sepatutnya bahagia adalah setiap individu itu memperolehi secukupnya maklumat  untuk memilih apa bidang yang mahu di ketahui dengan lebih mendalam dengan sokongan yang padu.tanpa ada perjudis.

Saya yakin senario ini masih belum di rasai oleh hampir keseluruhan masyarakat Sabah, tapi sentiment ini akan mula menjalar ke arah masyarakat Sabah yang selalu bersatu-padu dalam masa yang agak lama tapi akan menular ke akal fikiran. Ini adalah disebabkan oleh semangat berlumba-lumba dan yang paling tragis sekali ialah ke arah metrialistik.

Ya,memang tidak dapat di sangkalkan yang setiap masyarakat patut berubah kearah kemajuan dan memperkayakan pengetahuan demi kesejahteraan masyarakat dan individu?. Tapi dalam cuba menjamin yang di panggil "kesejahteraan masyarakat" itu sedikit demi sedikit kita akan menjunam kearah kebendaan.

adakah kebendaan itu adalah matlamat keluarga bahagia....?

Cuma luahan fikiran.......

2 comments:

 
Project Alpha's Facebook